KEISTIMEWAAN PERUBATAN ISLAM

"Selamatkan Nyawamu Yang Selembar Itu”Perubatan Islam bukan sahaja mampu mengobati penyakit biasa,bahkan mampu mengubati penyakit dalaman(gangguan makhluk halus)yg tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.Penyakit terbahagi kepada 2 bahagian iaitu anggota (jasad) & rohani.Bagi mengubati penyakit jasad,biasanye dilaksanakan oleh doctor pakar & ubatnya terdiri dari unsur tanah seperti tumbuh-tumbuhan,air dan sebagainya.Bagi penyakit roh pula,biasanya dilaksanakan oleh orang2 yg dikenali sebagai perawat Islam manakala ubatnya ialah dzikrullah.

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN:

Jin jatuh cinta kepada manusia,sihir/santau/pukau,jin yg ingin sengaja menzalimi manusia,dengki & hasad kepada manusia yg diberi kelebihan oleh Allah,balas dendam akibat kematian & siksaan yg dilakukan oleh manusia samaada melalui perubatan membunuh secara tidak sengaja,manusia yg cenderung melakukan maksiat,seperti arak,judi,zina & sebagainya.

SAKA:

Jin-jin seperti hantu raya,pelesit,pontianak,polong & lain-lain yang berada didalam tubuh manusia yg diwarisi turun temurun samaada seseorang itu menyedarinya atau tidak.Makhluk tersebut mendampingi manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatau yg tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.Jin atau makhluk halus yg dibela oleh manusia pada kebiasaannya memerlukan manusia yg terdiri drpd kaum keluarga tuan yg asal tadi setelah ia meninggal dunia.Makhluk inilah yang dinamakan saka yg diperturunkan dari satu generasi kpd generasi berikutnya.

Antara kesan saka terhadap wanita & keluarga ialah mandul bukan sebab adat (seperti kemalangan/jatuh ketika bersukan),sering keguguran anak dalam kandungan/anak hilang dalam kandungan apabila sampai umur 6 bulan keatas,melahirkan anak yg cacat anggota atau fikiran,anak yg liar & sukar dibentuk & menghidapi penyakit kanser yg kebanyakannya berpunca drpd makhluk halus & berkemungkinan mereka mewarisi penyakit yg sama.

SANTAU:

Terbahagi kepada 2 jenis.Pertama ialah santau yg diperbuat daripada adunan tertentu yg melibatkan pemujaan jin & syaitan.Santau jenis ini biasanya dihantar terus kepada mangsa,walaubagaimanapun santau ini mudah diubati.Jenis yang kedua ialah santau yang diperbuat daripada adunan tertentu yg melibatkan pemujaan jin yg memiliki sayap & boleh terbang & ia juga dikenali sebagai santau angin.Walaupun bahan santau yg digunakan agak sedikit tetapi kesan kepada mangsa agak serius & agak sukar diubati.

PUKAU:

Tanda2 terkena pukau ialah melihat sesuatu tidak sebagai yg sebenarnya seperti melihat wajah yg cantik menjadi buruk atau sebaliknya,menjadi bingung,tidak boleh bercakap & menuruti permintaan seseorang walaupun tanpa kerelaan,tidak ingat walaupun ditanya sesuatu yg berkaitan dgn dirinya,rasa mengantuk yg luar biasa,rasa tertekan sehingga fikiran menjadi buntu & rasa kasih yg keterlaluan kepada seseorang.Pukau boleh berlaku daripada hembusan asap rokok,renungan mata,perbualan,minuman,telefon bimbit(percakapan & sms) & lain-lain.

JENIS-JENIS GANGGUAN:

Gangguan sepenuhnya iaitu gangguan diseluruh tubuh seperti seorang mengalami masaalah gangguan saraf tersumbat dan seumpamanya,gangguan sebahagian anggota,gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada didalam badannya dlm jangka masa yg agak lama,& gangguan sejenak tidak lebih daripada beberapa detik seperti mimpi buruk,ditindih sehingga sesak nafas & sukar bergerak.

Tempat serangan jin didalam tubuh manusia:

Otak dimana jin mampu menguasai mana-mana anggota manusia dimana pergerakan anggota tubuh berpunca drpd arahan otak,sendi-sendi kaki & tangan,dimata kanan & kiri menyebabkan mata menjadi kabur & mudah melihat perkara-perkara yg aneh,berada ditelinga kanan & kiri menyebabkan mangsa mendengar suara2 aneh,berada dimulut manusia dgn itu ia amat suka bercakap benda2 yg tidak berfaedah & mendatangkan dosa,bahagian perut menyebabkan org tersebut sentiasa mengalami sakit dlm perut & pelbagai penyakit yg tidak boleh dikesan oleh doktor.dirahim dgn merosakan benih lelaki & perempuan menyebabkan keguguran & mandul,bahagian dada serta tulang belakang & bahu.Hakikatnya jin & syaitan boleh berada dimana2 sahaja didlm tubuh manusia kerana jin boleh berjalan didlm tubuh manusia melalui perjalanan darah.

Hakikatnya,dimana sahaja kita akan mendengar dan bertemu dengan anggota keluarga yg sengsara akibat gangguan makhluk halus.Masalah-masalah ini juga yang biasa kami temui berlaku pada pesakit yang datang mendapatkan rawatan.

Kesannya amat buruk terhadap hubungan suami Isteri,anak-anak,ibu-bapa dan saudara-mara akan menjerumus kepada keruntuhan institusi kekeluargaan.

Surah AL-Falaq

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. Katakanla (Ya Muhammad) : Aku berlindung kepada tuhan (yang mengatur) makhluk,

2. Daripada kejahatan makhluk-Nya,

3. Dan daripada kejahatan malam,apabila ia telah gelap,

4. Dan daripada kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang meniup dengan air ludahnya pada buhul (simpul) tali,

5. Dan daripada kejahatan orang yang dengki (iri hati,bila dia melahirkan dengkinya.

Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN)

Our Concept Treatment

BODY:
Cultural tendency:maintain lifestyle;treat health problems with no surgery and with medication.
Principle:prevent diseases and problems by aligning lifestyle to be in harmony with established,universally accepted principles of health.

MIND:
Culture: watch television,”entertain me”.
Principle:read broadly and deeply,continuous education.

HEART:
Culture:use relationships with others to forward your personal,selfish interests.
Principle:deep,respectful listening and serving others brings greatest fulfillment and joy.

SPIRIT:
Culture:succumb to growing secularism and cynicism
Principle: recognize that the source of our basic need for meaning and of the positive things we seek in life is PRINCIPLES-which natural laws we have personally believe have their source in GOD.
Dan jika aku sakit,Dialah yang menyembuhkan daku.
Surah 26 (Asy-Syu’araak) ayat 80. 26:80

Carilah Tali wasilah…….
Salam Cinta Penuh Damai buat semua Sang Pencinta-Nya

Program Akademil Hi-Tea PERKESAN Bertema “Peranan Terapi Holistik Menangani Masalah HIV/AIDS

Date:24hb April 2009

Tempat: PJ HILTON,Petaling Jaya

Harm Reduction Methodone as Replacement Therapy Anjuran Persatuan Insaf Murni Malaysia

Date:25-26 April 2009

Tempat: Hotel Armada,Petaling Jaya

Tema: Mengubati Manusia Dan Alam Dengan Pendekatan Metafizik Islam

Anjuran : Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN)

Tarikh : 25 Disember, 2005

Hari : Ahad

Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang

Tempat : Dewan Muktamar Pusat Islam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

TOPIK PEMBAHASAN :

1. Perubatan Menurut Tasawwuf Islam

2. Pengubatan Islam Menurut Sains Dan Teknologi

SESI I : PERUBATAN MENURUT TASAWWUF ISLAM

1. Zikrullah Membawa Kemenangan Dan Keselamatan

KIYAI HJ DRS MUFID ROWI, Pensyarah Pondok Pesantren Salafiyyah Syafi’iyah, Jawa Timur

2. Kepentingan Manusia Berakhlak Sufi

DR HADARAH RAJAB M. AG, Pensyarah Tasawwuf Islam Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Sulawesi

3. Pukulan, Zikrullah dan Doa Satu Kaedah Perubatan Islam Yang Penting

PROF MADYA DR HJ JAHID HJ SIDEK, Mantan Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Bhgn Usuluddin APIUM

SESI II : PENGUBATAN ISLAM MENURUT SAINS DAN TEKNOLOGI

1. Peranan Tasawwuf Dalam Menangani Penyakit Sosial

DRA MARWAH DAUD IBRAHIM, MA PhD Pakar Komunikasi, Pemerhati Hal Ehwal Masyarakat/Ahli Parlimen Republik Indonesia

2. Penyembuhan Dengan Method Tasawwuf Islam

DRS RADEN HJ AHMAD TJIPTOHARDJONO, Pensyarah Pelawat Matematik Universiti Brawijaya, Malang Republik Indonesia

3. Perubatan Berkonsepkan Metafizik Ditinjau Menurut Perspektif Perubatan Moden

DR NORZUHAIMI BIN HUSIN, Bekas Pegawai Perubatan HBKL dan Pengamal Perubatan Swasta

SASARAN :

1. Seluruh pengamal perubatan moden mahupun perubatan tradisional, alternatif dan paranormal.

2. Tokoh-tokoh masyarakat, para akademik, profesional, intelektual, tokoh politik, dari dalam atau luar negara.

3. Seluruh organisasi kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat dengan pesakit kronik seperti AIDS,

Kanser, dadah, strok dan sebagainya.

4. Seluruh organisasi kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat dengan permasalahan sosial remaja dan keruntuhan akhlak.

5. Masyarakat umum yang merasa prihatin tentang permasalahan ini.

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MELIHAT ATAU MEMPERHATIKAN AKAN JASAD-JASADMU DAN RUPA-RUPAMU, MELAINKAN MELIHAT ATAU MEMPERHATIKAN HATI MU…”

Leave a comment

Filed under Health

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s